04 March 2014

Yan's Cake kini menjadi Yan's Choices..

Kepada penggemar2 cheese...jgn ketinggalan untuk mendapatkan biskut BANGKIT CHEESE produk keluaran Yan's Choices.....sgt2 sedap.....cheesenya sangat terasa...cair dimulut jiwa bahagiaa.....kepada yang berminat boleh emel ke peknga@yahoo.com atau harrizam@yahoo.com atau boleh hubungi kami melalui nombor telefon tertera di banner.

Jom cuba rasa.......saya pasti anda sangat2 suka....dan ianya tidak sia2......


Dan nantikan....2 jenis biskut lagi yang akan saya update tak lama lagi.....jgn segan2 yaa......

29 January 2013

Bangkit Cheese



Kepada penggemar Cheese...jangan lepas kan peluang ini....BANGKIT CHEESE sangat-sangat sedap....cair dimuluttt....x cayerrr boleh cuberrr....kepada yang berminat nak order boleh call saya di 0125818999.....pick point adalah di USM(Penang), Bandar Perda dan Bertam Perdana.

Produk ni dah diperkenalkan sejak tahun lepas lagi...cuma saya x sempat nak promo kat blog...thn ni baru nak berblog balik....sebelum niee promo kat FB jer....sooo

Cepat2 jangan lepaskan peluang merasai nya.....nak buat hantaran perkahwinan pun boleh....lain dari yang lain rasanya.......

Tak percaya....kena cuba...


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Peluang juga dibuka kepada yang berminat untuk menjadi PENGEDAR....dengan syarat2 seperti dibawa:-

-Minimum order 30 balang
-Deposit 1/2 bayaran dari tempahan dan jelaskan balance selepas mendapat barang
-Pick up point adalah di USM, Penang & Bertam Perdana.


Salam Tahun Baru...


Assalamualaikum...


Bersawang2 sungguh blog ku ini....apa2 pun masih belum terlambat kot nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 dan Salam Mulidur Rasul...

Semoga tahun ini membuka semula semangat untuk kembali dalam arus peniagaan di laman sawang ku ini....walaupun dunia baking mungkin ku lupakan sekejap...ku cuba untuk meneruskan nya dalam dunia yang lain2 pula...

Kepada semua pengikut laman blog ini...terima kasih banyak2 atas sokongan anda....maaf kiranya ada email / sms yang tidak berbalas....

Kepada semua semoga 2013 ini akan lebih bermakna untuk kita dalam menghadapi ujian dan cabaran.



21 May 2012

Assalamulaikum...

sungguh2 lama meningglkan blog ini sepi  tanpa beritaaaa............sehinggakan kuterasa terasing di blogku sendiri......dah lupa dimana nak bermulaa.....sebab dulu berhenti pun tiada noktahnya....

waaaa jiwang karat plak nooo.....tapi lama sungguh2 aih x jenguk n update blog niee.....tp insya allah....ianya akan ceria kembali selepas ini......tp tidak hanya dengan kek.....ada produk2 lain lagi.....apa yang pasti selama hampir 2 thn lebih saya berhenti...masih ada lagi yg dok call n msg nak tempah kek....terima kasih atas sokongan anda semua.....sgt2 terharu.....tp keadaan dan masa ketika itu tidak mengizinkan untuk saya menerima tempahan....

macam mana pun....bagi saya sedikit masa untuk membersihkan sawang2 yang memenuhi blog ini.....sehingga ituuuu tunggguuuuuu......

31 August 2010

Pengumuman.

Kepada semua yang sentiasa mengikuti perkembagan Yan's Cakes.........saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak tehingga di atas sokongan anda kepada saya selama ini. Namun begitu....saya ingin memohon maaf yang teramat2 sangat kepada pelanggan yang telah saya batalkan tempahan. Saya terpaksa membatalkan tempahan kerana tidak mahu mengecewakan pelanggan Yan's Cakes...

Terjadi satu kes sebelum Ramadhan yang lalu di mana Yan's Cakes telah bersetuju untuk menerima beberapa tempahan tetapi terpaksa membatalkannya last minute disebab kan kesihatan anak2 yang tidak menentu....disebabkan tiada pembantu dan baby yang masih kecil maka saya tidak dapat menyediakan tempahan mengikut jadual. Maka sebab tu saya terpaksa menutup sementara Yan's Cakes sehingga dimaklumkan kembali.

Kepada semua pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada Yan's Cakes....saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.....Yan's Cakes dengan ini menutup tempahan sehingga dimaklum kelak. Harap Maaf dan Terima Kasih.

26 June 2010

Edible

Tempahan pertama selepas sekian lama bercuti..tempahan kali niee cuma edible sahaja..
Design edible adalah dari Puan Jureena (USM) sendiri buat anak tersayang....Tq yer Puan.....

08 May 2010

Selamat Hari Ibu

salam buat semua pengunjung blog Yan's Cakes....

dah lama sy x update blog nie kan?....maklumlah...masih belum habis berpantang.....ada lagi 10 hari baru nak lepas.....alhamdulillah sy dan bb sihat seadanyaa....terima kasih kepada semua yg memberikan ucapan tahniah dan berkunjung melawat saya dan bb....

saya juga nak mohon maaf sbb x sempat nak update beberapa tempahan kek sebelum bersalin ari tu.....ada yang gambar pun x sempat nak diambil.....maaf yerr.....

dan kepada semua yg masih mempercayai Yan's Cakes untuk membuat tempahan...terima kasih banyak2....tetapi maaf kiranya Yan's Cakes tak dapat nak menerima tempahan kali nie.....disebabkan masih lagi beristirehat......

Yan's Cakes mungkin akan kembali aktif pertengahan Jun / awal Julai nanti....insya allah....doakan Yan's Cakes dapat uruskan masa dengan sebaik2nya....

tetapi sesungguhnya naluri terlalu rindu dengan keja2 baking nie....tp apakan daya.....terpaksa juga menjaga kesihatan diri.....

so akhir kata......

Kepada semua yg bergelar ibu.....SELAMAT HARI IBU.......mudah2an kita akan menjadi ibu yg terbaik untuk anak2 kita dunia dan akhirat.....aminn....

06 April 2010

Alhamdulillah...


Setelah lebih sembilan bulan menanti lahirlah seorang putra pada 4/4/2010 jam 4 pagi dengan berat 3.2 kg. Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah mendoakan kesihatan dan keselamatan saya dan bayi ini.

15 January 2010

Birthday Cakes


Kek hari lahir kali niee ediblenya di design sendiri oleh Fazliana(Agilent) yang membuat tempahan untuk anak buah nya...Tq Fazliana....Senang berurusan dengan Fazliana nie....
Kek niee di ambil oleh ibunya.....mula2 mcm x caya jaa bila tgk ibu Fazliana nie....ingatkan kakak Fazliana....sungguh awet muda....apa2 pun Yan's Cakes nak ucapkan terima kasih banyak atas tempahan ini.

Manchester United Cup Cakes

Tempahan kali niee datangnyaa dari Sabariah Azmi (Pusat Pengajian Seni, USM) buat suami tersayang sempena sambutan hari lahir yang ke 30. Katanya si suami sangat2 meminati pasukan Manchester United dan minta Yan's Cakes untuk mendeko cc seperti di atas buat suaminya...sorry la yer dik kalau ada yang terkurang....apa2 pun terima kasih sbb sudi membuat tempahan dengan Yan's Cakes.

19 December 2009

Hantaran

Marble choc cheese cupcakes dengan buttercream kali ini ditempah oleh Kak Normah dari PTPM, USM untuk dijadikan hadiah untuk hantaran perkahwinan. Terima kasih Kak. Tema yang menjadi pilihan adalah biru + putih.

Happy Birthday !!

Terima kasih tak terhingga buat Puan Emelda dari Jab. Pembangunan, USM yang sentiasa memberi sokongan pada Yan's Cakes. Tempahan kali ini dibuat untuk meraikan bday suami dan anak beliau. Terima kasih, Puan.

3 Tier Cup Cakes


Tq Yanti dari Seberang Jaya untuk tempahan kali nie.....Chocolate cup cakes + buttercream dengan tema choc + krim...harap Yanti dan keluarga berpuas hati yerr.....Yanti membuat tempahan untuk 3 tier cup cakes dan hantaran sempena perkahwinannyaa......Yan's Cakes mendoakan mudah2an Yanti berbahagia bersama pasangan sehingga ke hujung nyawa...aminn....

Cup Cakes Hantaran

Tempahan dari Puan Suraiya PP Matematik, USM. Chocolate cup cakes + buttercream dengan tema pink + hijau muda.....harap Puan Suraiya berpuas hati. Yan's cakes nak mohon maaf sebab lewat skit menghantar cakes hari tu....

06 December 2009

Kek Perkahwinan...


Tempahan kali niee datangnya dari Kak Ton dari Jabatan PTPM, USM yang tinggal kat permatang pauh......marble choc cheese cake di tempah untuk acara potong kek sempena perkahwinan anak gadisnyaa....tq yer kak Ton.....berat kek ialah 2kg+ dan 1 kg+ dan 5 biji cup cakes....kek di hias dengan buttercream dan bunga gumpaste.....warna biru menjadi tema pilihan kak ton dan keluarga.......apa2 pun terima kasih yer kak ton...

Selamat Pengantin Baru

Tq Syani dari MPSP yang membuat tempahan kek marble choc cheese dgn berat 2kg+ untuk hantaran perkahwinan adik beliau.......pengantin mcm pinang di belah dua......apa2 pun tahniah kepada pasangan pengantin....semoga berbahagia sampai ke hujung nyawa insya Allah.....aminn..

Happy Birthday & Happy Anniversary


Marble Choc Cheese Cake kali niee di tempah oleh Puan Emelda dari Jabatan Pembangunan, USM....Tq ye Puan.......kek untuk meraikan B'day & Anniversary ibu bapa nya....

Blueberry Cheese Cake..

Tq Ziana dari Kolej Komuniti Bertam Indah atas tempahan cheese cake kali nie....Yan's cakes x ambil gambar kali nie....sbb cake yg sama seperti sebelum2 nie...apa2 pun Yan's Cakes nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada ziana kerana x jemu2 memberi sokongan......tq yerr...