31 August 2010

Pengumuman.

Kepada semua yang sentiasa mengikuti perkembagan Yan's Cakes.........saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak tehingga di atas sokongan anda kepada saya selama ini. Namun begitu....saya ingin memohon maaf yang teramat2 sangat kepada pelanggan yang telah saya batalkan tempahan. Saya terpaksa membatalkan tempahan kerana tidak mahu mengecewakan pelanggan Yan's Cakes...

Terjadi satu kes sebelum Ramadhan yang lalu di mana Yan's Cakes telah bersetuju untuk menerima beberapa tempahan tetapi terpaksa membatalkannya last minute disebab kan kesihatan anak2 yang tidak menentu....disebabkan tiada pembantu dan baby yang masih kecil maka saya tidak dapat menyediakan tempahan mengikut jadual. Maka sebab tu saya terpaksa menutup sementara Yan's Cakes sehingga dimaklumkan kembali.

Kepada semua pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada Yan's Cakes....saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.....Yan's Cakes dengan ini menutup tempahan sehingga dimaklum kelak. Harap Maaf dan Terima Kasih.

26 June 2010

Edible

Tempahan pertama selepas sekian lama bercuti..tempahan kali niee cuma edible sahaja..
Design edible adalah dari Puan Jureena (USM) sendiri buat anak tersayang....Tq yer Puan.....

08 May 2010

Selamat Hari Ibu

salam buat semua pengunjung blog Yan's Cakes....

dah lama sy x update blog nie kan?....maklumlah...masih belum habis berpantang.....ada lagi 10 hari baru nak lepas.....alhamdulillah sy dan bb sihat seadanyaa....terima kasih kepada semua yg memberikan ucapan tahniah dan berkunjung melawat saya dan bb....

saya juga nak mohon maaf sbb x sempat nak update beberapa tempahan kek sebelum bersalin ari tu.....ada yang gambar pun x sempat nak diambil.....maaf yerr.....

dan kepada semua yg masih mempercayai Yan's Cakes untuk membuat tempahan...terima kasih banyak2....tetapi maaf kiranya Yan's Cakes tak dapat nak menerima tempahan kali nie.....disebabkan masih lagi beristirehat......

Yan's Cakes mungkin akan kembali aktif pertengahan Jun / awal Julai nanti....insya allah....doakan Yan's Cakes dapat uruskan masa dengan sebaik2nya....

tetapi sesungguhnya naluri terlalu rindu dengan keja2 baking nie....tp apakan daya.....terpaksa juga menjaga kesihatan diri.....

so akhir kata......

Kepada semua yg bergelar ibu.....SELAMAT HARI IBU.......mudah2an kita akan menjadi ibu yg terbaik untuk anak2 kita dunia dan akhirat.....aminn....

06 April 2010

Alhamdulillah...


Setelah lebih sembilan bulan menanti lahirlah seorang putra pada 4/4/2010 jam 4 pagi dengan berat 3.2 kg. Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah mendoakan kesihatan dan keselamatan saya dan bayi ini.

15 January 2010

Birthday Cakes


Kek hari lahir kali niee ediblenya di design sendiri oleh Fazliana(Agilent) yang membuat tempahan untuk anak buah nya...Tq Fazliana....Senang berurusan dengan Fazliana nie....
Kek niee di ambil oleh ibunya.....mula2 mcm x caya jaa bila tgk ibu Fazliana nie....ingatkan kakak Fazliana....sungguh awet muda....apa2 pun Yan's Cakes nak ucapkan terima kasih banyak atas tempahan ini.

Manchester United Cup Cakes

Tempahan kali niee datangnyaa dari Sabariah Azmi (Pusat Pengajian Seni, USM) buat suami tersayang sempena sambutan hari lahir yang ke 30. Katanya si suami sangat2 meminati pasukan Manchester United dan minta Yan's Cakes untuk mendeko cc seperti di atas buat suaminya...sorry la yer dik kalau ada yang terkurang....apa2 pun terima kasih sbb sudi membuat tempahan dengan Yan's Cakes.

19 December 2009

Hantaran

Marble choc cheese cupcakes dengan buttercream kali ini ditempah oleh Kak Normah dari PTPM, USM untuk dijadikan hadiah untuk hantaran perkahwinan. Terima kasih Kak. Tema yang menjadi pilihan adalah biru + putih.

Happy Birthday !!

Terima kasih tak terhingga buat Puan Emelda dari Jab. Pembangunan, USM yang sentiasa memberi sokongan pada Yan's Cakes. Tempahan kali ini dibuat untuk meraikan bday suami dan anak beliau. Terima kasih, Puan.

3 Tier Cup Cakes


Tq Yanti dari Seberang Jaya untuk tempahan kali nie.....Chocolate cup cakes + buttercream dengan tema choc + krim...harap Yanti dan keluarga berpuas hati yerr.....Yanti membuat tempahan untuk 3 tier cup cakes dan hantaran sempena perkahwinannyaa......Yan's Cakes mendoakan mudah2an Yanti berbahagia bersama pasangan sehingga ke hujung nyawa...aminn....

Cup Cakes Hantaran

Tempahan dari Puan Suraiya PP Matematik, USM. Chocolate cup cakes + buttercream dengan tema pink + hijau muda.....harap Puan Suraiya berpuas hati. Yan's cakes nak mohon maaf sebab lewat skit menghantar cakes hari tu....

06 December 2009

Kek Perkahwinan...


Tempahan kali niee datangnya dari Kak Ton dari Jabatan PTPM, USM yang tinggal kat permatang pauh......marble choc cheese cake di tempah untuk acara potong kek sempena perkahwinan anak gadisnyaa....tq yer kak Ton.....berat kek ialah 2kg+ dan 1 kg+ dan 5 biji cup cakes....kek di hias dengan buttercream dan bunga gumpaste.....warna biru menjadi tema pilihan kak ton dan keluarga.......apa2 pun terima kasih yer kak ton...

Selamat Pengantin Baru

Tq Syani dari MPSP yang membuat tempahan kek marble choc cheese dgn berat 2kg+ untuk hantaran perkahwinan adik beliau.......pengantin mcm pinang di belah dua......apa2 pun tahniah kepada pasangan pengantin....semoga berbahagia sampai ke hujung nyawa insya Allah.....aminn..

Happy Birthday & Happy Anniversary


Marble Choc Cheese Cake kali niee di tempah oleh Puan Emelda dari Jabatan Pembangunan, USM....Tq ye Puan.......kek untuk meraikan B'day & Anniversary ibu bapa nya....

Blueberry Cheese Cake..

Tq Ziana dari Kolej Komuniti Bertam Indah atas tempahan cheese cake kali nie....Yan's cakes x ambil gambar kali nie....sbb cake yg sama seperti sebelum2 nie...apa2 pun Yan's Cakes nak ucapkan berbanyak2 terima kasih pada ziana kerana x jemu2 memberi sokongan......tq yerr...

22 November 2009

Selamat Pengantin Baru

Tempahan marble choc cheese kali nie dengan berat 2kg+ datangnya dari saudari azah yg tinggal kat Nibung Tebal sempena hari berbahagianyaa....dengan tema pilihan merah putih dan full of roses.....harap2 azah berpuas hati...... Selamat Pengantin Baru...

17 November 2009

Happy Birthday Izzah

Vanilla Cup Cakes niee ditempah oleh kawan sekolah saya dulu...Puan Nazirah dari Bertam Properties untuk birthday anak daranya.......

Cup cakes nie nanti nak dibawa makan kat sekolah anak nya.....Sekolah Bertam Indah...mudah2an anak suka la yer....

Tengok gelagat mak ngan anak....macam 2 beradik ja.....mak maintain jaaa cutenyaa...jeles plak tgk...hehe...apa2 pun pada Izzah mcik doakan mudah2an menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat insya allah......aminn.....

Pada Nazirah ......tq yer....

Marble Choc Cheese Cup Cakes

Tempahan kali niee datangnya dari IPPT Bertam...lupa plak nak tanya namanya.....apa2 pun tq yer......

10 November 2009

Butter Cake + Fresh Cream...

Butter cake + Fresh Cream + edible niee ditempah oleh Ija Maybank yang x jemu2 memberi sokongan pada Yan's Cakes...TQ ija.....

Ija tempah kek niee utk raikan anak dara beliau....act Yan's Cakes x nak ambik tempahan kek dgn fresh cream nihh.....tp utk ija.....Yan's Cakes mengalah....dan alhamdulillah Ija n anak2 sukakannya....

***sms from ija :-
1st sms ->Salam Yan. D cake was superb! Beautiful! Perfect! My mom cakap sedap. Tqvm!
2nd sms -> Memang cantik sgt. D way u designed memang sesuai sgt.... Thanks! Sedap.
Tq Ija....

Blueberry Cheese Cake

Tempahan kali niee actually Yan's Cakes takut nak terima.....sbb yg menempahnya adalah sifu baking......Kak Norlida dari MPSP....biskut2 hasil air tangan kak Norlida.....mmg walla rasanya.....so ketaq la juga bila beliau nak rasa kek Yan's Cakes....hopefully kak Norlida dan anak daranya suka yer.......

Kak Norlida tempah kek niee utk raikan bday anak daranya Ana......selamat ulang tahun Ana....mudah2an menjadi anak yang solehah....aminn....Tq yer kak...