31 August 2010

Pengumuman.

Kepada semua yang sentiasa mengikuti perkembagan Yan's Cakes.........saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak tehingga di atas sokongan anda kepada saya selama ini. Namun begitu....saya ingin memohon maaf yang teramat2 sangat kepada pelanggan yang telah saya batalkan tempahan. Saya terpaksa membatalkan tempahan kerana tidak mahu mengecewakan pelanggan Yan's Cakes...

Terjadi satu kes sebelum Ramadhan yang lalu di mana Yan's Cakes telah bersetuju untuk menerima beberapa tempahan tetapi terpaksa membatalkannya last minute disebab kan kesihatan anak2 yang tidak menentu....disebabkan tiada pembantu dan baby yang masih kecil maka saya tidak dapat menyediakan tempahan mengikut jadual. Maka sebab tu saya terpaksa menutup sementara Yan's Cakes sehingga dimaklumkan kembali.

Kepada semua pelanggan yang sentiasa memberi sokongan kepada Yan's Cakes....saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.....Yan's Cakes dengan ini menutup tempahan sehingga dimaklum kelak. Harap Maaf dan Terima Kasih.

26 June 2010

Edible

Tempahan pertama selepas sekian lama bercuti..tempahan kali niee cuma edible sahaja..
Design edible adalah dari Puan Jureena (USM) sendiri buat anak tersayang....Tq yer Puan.....

08 May 2010

Selamat Hari Ibu

salam buat semua pengunjung blog Yan's Cakes....

dah lama sy x update blog nie kan?....maklumlah...masih belum habis berpantang.....ada lagi 10 hari baru nak lepas.....alhamdulillah sy dan bb sihat seadanyaa....terima kasih kepada semua yg memberikan ucapan tahniah dan berkunjung melawat saya dan bb....

saya juga nak mohon maaf sbb x sempat nak update beberapa tempahan kek sebelum bersalin ari tu.....ada yang gambar pun x sempat nak diambil.....maaf yerr.....

dan kepada semua yg masih mempercayai Yan's Cakes untuk membuat tempahan...terima kasih banyak2....tetapi maaf kiranya Yan's Cakes tak dapat nak menerima tempahan kali nie.....disebabkan masih lagi beristirehat......

Yan's Cakes mungkin akan kembali aktif pertengahan Jun / awal Julai nanti....insya allah....doakan Yan's Cakes dapat uruskan masa dengan sebaik2nya....

tetapi sesungguhnya naluri terlalu rindu dengan keja2 baking nie....tp apakan daya.....terpaksa juga menjaga kesihatan diri.....

so akhir kata......

Kepada semua yg bergelar ibu.....SELAMAT HARI IBU.......mudah2an kita akan menjadi ibu yg terbaik untuk anak2 kita dunia dan akhirat.....aminn....

06 April 2010

Alhamdulillah...


Setelah lebih sembilan bulan menanti lahirlah seorang putra pada 4/4/2010 jam 4 pagi dengan berat 3.2 kg. Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah mendoakan kesihatan dan keselamatan saya dan bayi ini.

15 January 2010

Birthday Cakes


Kek hari lahir kali niee ediblenya di design sendiri oleh Fazliana(Agilent) yang membuat tempahan untuk anak buah nya...Tq Fazliana....Senang berurusan dengan Fazliana nie....
Kek niee di ambil oleh ibunya.....mula2 mcm x caya jaa bila tgk ibu Fazliana nie....ingatkan kakak Fazliana....sungguh awet muda....apa2 pun Yan's Cakes nak ucapkan terima kasih banyak atas tempahan ini.

Manchester United Cup Cakes

Tempahan kali niee datangnyaa dari Sabariah Azmi (Pusat Pengajian Seni, USM) buat suami tersayang sempena sambutan hari lahir yang ke 30. Katanya si suami sangat2 meminati pasukan Manchester United dan minta Yan's Cakes untuk mendeko cc seperti di atas buat suaminya...sorry la yer dik kalau ada yang terkurang....apa2 pun terima kasih sbb sudi membuat tempahan dengan Yan's Cakes.